Terima kasih kepada semua pengunjung blog SalRashid CREATIONZ.....sonang je jahit tudung ni. Lagi senang dari jahit baju..hehe.Setakat ni dah 4 helai sample tudung yang dijahit .Oklah, sampai jumpa lagi. Bye..thanks
Tuesday, November 29, 2011
Tuesday, November 15, 2011
NOTA BAJU KURUNG
Kali ni saya akan beri nota baju kurung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)
1.0 MENGAMBIL UKURAN BADAN
1.1 Langkah pertama dalam membuat sepasang baju adalah mengambil ukuran badan pada bahagian – bahagian tertentu menggunakan pita pengukur dan direkodkan untuk tujuan rujukan
1.2 Ukuran di ambil bermula dengan nombor terkecil pada pita ukur.
1.3 Bahagian – bahagian badan yang di ambil untuk membuat baju kurung ialah :
a ) Lebar bahu
Contoh : 15 inci
b ) Labuh Lengan
Ukuran di ambil dari bahu hingga labuh lengan yang sesuai
Contoh : 21 inci
c ) Bukaan Tangan
Ukurun di ambil pada hujung pergelangan tangan
Contoh : 13 inci
d ) Labuh Baju
Ukurun di ambil dari bahu hingga ke labuh baju yang sesuai
Contoh : 40 inci
e ) Labuh Kain
Ukuran di ambil dari pinggang ke labuh kain yang sesuai
Contoh : 39 inci
f ) Keliling Leher
- Buat lilitan pada di pangkal leher
- Tambah ukuran lilit leher dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai
Contoh : 15 inci
g ) Keliling dada
· Ambil ukuran pada bahagian dada yang paling besar
· Tambah ukuran keliling dada dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai
Contoh : 33 inci
h ) Keliling Pinggang
- Ambil ukuran pada bahagian paling ramping pada keliling pinggang
- Tambah ukuran keliling pinggang dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai
Contoh : 29 inci
i ) Keliling Pingul
- Ambil ukuran pada bahagian paling besar pada keliling pingul
- Tambah ukuran keliling pingul dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai
Contoh : 40 inci
POLA BAJU KURUNG
PROSES MENCANTUM DAN MENJAHIT BAHAGIAN PESAK DAN KEKEK
PROSES MENCANTUM DAN MENJAHIT BAHAGIAN LENGAN DENGAN PESAK KEKEK
PROSES MENCANTUM POLA LEHER BAJU KURUNG
PROSES JAHITAN CANTUM PADA BADAN BAJU
anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha