Tuesday, November 29, 2011

jahit tudung

Terima kasih kepada semua pengunjung blog SalRashid CREATIONZ.....sonang je jahit tudung ni. Lagi senang dari jahit baju..hehe.Setakat ni dah 4 helai sample tudung yang dijahit .Oklah, sampai jumpa lagi. Bye..thanks^_^

DSCN0445 DSCN0446 DSCN0447 DSCN0448 DSCN0449 DSCN0451 DSCN0452 DSCN0453 DSCN0454

Tuesday, November 15, 2011

NOTA BAJU KURUNG

Assalamualaikum,
Kali ni saya akan beri nota baju kurung kerana ramai yang mencari nota ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung daripada nota ni. Sila tinggalkan komen anda =)

 

1.0 MENGAMBIL UKURAN BADAN

 

1.1 Langkah pertama dalam membuat sepasang baju adalah mengambil ukuran badan pada bahagian – bahagian tertentu menggunakan pita pengukur dan direkodkan untuk tujuan rujukan

1.2 Ukuran di ambil bermula dengan nombor terkecil pada pita ukur.

1.3 Bahagian – bahagian badan yang di ambil untuk membuat baju kurung ialah :

a ) Lebar bahu

clip_image002

Contoh : 15 inci

b ) Labuh Lengan

clip_image005

 

Ukuran di ambil dari bahu hingga labuh lengan yang sesuai

Contoh : 21 inci

c ) Bukaan Tangan

clip_image009

Ukurun di ambil pada hujung pergelangan tangan

Contoh : 13 inci

d ) Labuh Baju

clip_image011

Ukurun di ambil dari bahu hingga ke labuh baju yang sesuai

Contoh : 40 inci

e ) Labuh Kain

clip_image013

Ukuran di ambil dari pinggang ke labuh kain yang sesuai

Contoh : 39 inci

f ) Keliling Leher

  • Buat lilitan pada di pangkal leher
  • Tambah ukuran lilit leher dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai

Contoh : 15 inci

g ) Keliling dada

clip_image015

· Ambil ukuran pada bahagian dada yang paling besar

· Tambah ukuran keliling dada dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai

Contoh : 33 inci

h ) Keliling Pinggang

clip_image017

  • Ambil ukuran pada bahagian paling ramping pada keliling pinggang
  • Tambah ukuran keliling pinggang dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai

Contoh : 29 inci

i ) Keliling Pingul

clip_image019

  • Ambil ukuran pada bahagian paling besar pada keliling pingul
  • Tambah ukuran keliling pingul dengan kebesaran satu jari bagi menambah kelonggaran dan keselesaan kepada pemakai

Contoh : 40 inci

 

POLA BAJU KURUNG

 

image

PROSES MENCANTUM DAN MENJAHIT BAHAGIAN PESAK DAN KEKEK

 

 

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PROSES MENCANTUM DAN MENJAHIT BAHAGIAN LENGAN DENGAN PESAK KEKEK

image

 

PROSES MENCANTUM POLA LEHER BAJU KURUNG

image

 

PROSES JAHITAN CANTUM PADA BADAN BAJU

image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat sekali je terus elok.. teruskan usaha

place your order here

Name:
Phone Number
Address
Email Address:
Code & Quantity

This contact form was created by Freedback.